Saturday, 26 February 2011

Badan letih, lemah, dan x bermaya.......

Assalammualaikum pembuka bicara....
for those yang terasa badan letih dan x de tenaga 2 kan..kat bawah ni de some tips for u guys...jom kita amalkan sama2 ok...;)

1. Bergeraklah
Lakukan gerakan yang intens selama lebih kurang 30 minit dalam sehari. Anda boleh melakukan gerakan apa pun yang bersesuaian dengan diri anda. Misalnya, naikilah tangga ke pejabat berbanding lif yang memerlukan tenaga yang minima. Doronglah tubuh anda bergerak, semakin lancar darah beredar, maka semakin lancar pula oksigen mengalir ke seluruh tubuh.

2. Amalkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar 
  Berikan gizi yang diperlukan oleh tubuh. Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan segar setiap hari. Anda boleh mengambil sayur dan buah-buahan dengan cara yang berbeza-beza. Misalnya, anda boleh membuat jus. Sayur dan buah-buahan yang segar tidak hanya mencegah kanser, tetapi juga menyihatkan jantung dan memberikan nutrisi yang lebih pada tubuh dan otak.

3. Banyak minum air putih

Antara elemen penting yang diperlukan oleh tubuh ialah air putih. Sebahagian besar tubuh manusia mengandungi air. Air adalah zat yang paling penting dalam proses metabolisme tubuh. Kekurangan air mengakibatkan dehidrasi. Oleh itu, minumlah air putih sebanyak-banyaknya. Paling baik jika dapat minum air putih sebanyak 8 gelas setiap hari. Tinggalkan minuman bersoda. Minuman bersoda atau minuman berkarbonat membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan paru-paru dan organ tubuh yang lain. 

4. Mengambil multivitamin

Di pasaran kini banyak terjual suplemen multivitamin dalam bentuk tablet untuk menjaga kesihatan tubuh. Pelbagai kandungan vitamin dan mineral bermanfaat untuk membina tulang yang lebih kuat, memaksimumkan proses metabolisme tubuh, meningkatkan tenaga tubuh dan membekalkan nutrisi kepada otot. Hati-hati, jangan memilih multivitamin yang salah! Lebih baik jika memilih multivitamin yang sesuai dengan anjuran doktor untuk menghindari hal-hal yang tidak dikehendaki.

5. Istirehat yang cukup
Terlalu banyak bersenam atau bergerak, tetapi jika tidak beristirehat juga sukar memberi kesan yang sepatutnya pada tubuh. Berkerja dan bergerak mestilah seimbang dengan waktu untuk berproses. Oleh itu, rehat itu penting. Cara yang paling baik adalah tidur selama 7-8 jam setiap hari. Cuba sebaiknya untuk mendapatkan sebanyak mana rehat yang boleh walaupun sibuk dengan pekerjaan seharian di pejabat.

6. Hindari daripada tekanan

Penyakit mudah menyerang anda jika pertahanan tubuh lemah. Salah satu yang menyumbang kepada faktor tubuh yang lemah adalah tekanan yang dihadapi oleh tubuh. Fikiran yang baik, positif dan selalu terbuka secara langsung mempengaruhi mekanisme kerja tubuh. Tapi jika anda tertekan, saraf dan otot akan bekerja jauh lebih cepat daripada biasa. Anda akan terus “dipaksa” untuk memberikan tenaga yang berlebihan. Jangan biarkan segala kerumitan hidup menyebabkan anda lemah. Tenang, santai dan hadapilah segala sesuatu dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif.

so moral of the story is..kita kenalah mengamalkan gaya hidup yang sihat ok...so that kita x akan cepat rasa letih..kita sentiasa sihat dan cergas and most importantly is..kita kena bersemangat ok..hidup cuma sekali..so enjoy urself with a healthy life...renung2kan dan selamat beramal...;)






No comments:

Post a Comment