Ketenangan yang susah nak dapat di mana-mana.. ketenangan hanya dapat bila kita dekat dengan Pencipta kita.. ya aku tak nafikan kadang-kadang aku lemah.. aku hanya manusia.. tak dapat lari daripada merasa putus asa tentang sesuatu perkara..
Mendapat tawaran belajar merupakan satu nikmat yang tak terkata oleh aku.. aku bersyukur dalam aku mempunyai IQ yang x berapa tinggi, aku dapat melanjutkan pelajaran aku di Universiti idaman aku.. yang tak semua orang akan dapat..dalam beribu manusia yang memohon aku merupakan salah satu daripada golongan itu... Aku diuji dengan berbagai cabaran setelah aku menerima tawaran belajar itu.. aku bukan datang daripada golongan yang mampu.. aku berkerja untuk menyara keluarga memandangkan ada dua orang adik di bawahku yang masih melanjutkan pelajaran.. Walaupon aku bekerja sambil belajar, aku masih kekurangan sumber kewangan memandang kan aku tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk bergerak... Ya pada mulanya aku ragu-ragu untuk menerima tawaran itu, setelah ak memohon pertongan Yang Maha Esa, aku yakin dengan keputusan aku.
Kini aku sudah memasuki semester 2 yang akan menduduki peperiksaan akhir tak lama lagi.. Alhamdulillah setelah diuji dengan berbagai cabaran aku masih mampu dan kuat untuk menghadapinya,, aku tahu bukan mudah untuk belajar sambil berkerja.. kadang-kadang aku lemah dan putus asa sehinggakan aku terfikir untuk berhenti belajar.. semua orang disekeliling aku mengharapkan aku untuk mendapat segulung ijazah nanti.. Tapi mereka tak tahu bagaimana aku melalui semua nya dengan memendam perasaan aku sendiri..
Aku diuji dengan banyak perkara.. Aku tak ada kenderaan untuk pergi ke kelas, mengharapkan kakak aku dan orang-orang disekeliling ku.. tebal muka aku untuk meminta pertolongan daripada mereka..Kita tak tahu bagaimana perasaan mereka..suka kah benci kah meluat kah????? aku cuma berharap agar aku dapat menghabiskan pelajaran aku.. aku tak mahu menyusahkan mereka.. Tapi apa pilihan yang aku ada.. aku tak mampu nak berdepan dengan semua ini..
Menangis keseorangan agar tak siapa tahu akan apa yang aku rasa.. aku penat dengan diri sendiri sebab terpaksa menyembunyikan apa yang aku rasa.. bukan tak mahu bercerita.. untuk apa aku bercerita kalau orang lain tak pernah nak faham apa yang aku rasa.. fedup??? ya ak fedup dengan orang-orang yang hipokrit disekeliling aku.. sakit ati???? ya aku sakit ati dengan semua yang berlaku.. penat??? ya aku sangat penat nak berdepan dengan semua yang berlaku dengan memendam perasaan aku sendiri..
No comments:
Post a Comment